Kawalan keselamatan dibuat di Milan. foto AP

ROM – Rantau Lombardy di Itali telah melaksanakan peraturan ketat bagi mengekang wabak Covid-19, semua aktiviti di luar rumah adalah dilarang sama sekali.

Langkah itu dibuat selepas Itali melaporkan hampir 800 kematian pada hari Sabtu, menjadikan keseluruhannya sebanyak 4,825 – tertinggi di dunia.

Lombardy merekodkan 3,095 kes kematian.

Presiden rantau itu, Attilio Fontana turut mengumumkan semua operasi perniagaan ditutup kecuali rantaian bekalan penting.

Malah, semua operasi tempat kerja turut ditutup kecuali di hospital dan sistem pengangkutan.

Operasi pasar-pasar terbuka turut digantung.

Lombardy telah dikenakan sekatan sejak 8 Mac lalu.

Pada hari Sabtu, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengarahkan semua perniagaan bukan penting di seluruh negara ditutup.

Namun beliau tidak menyatakan secara spesifik operasi perniagaan yang terlibat.

Oleh sebab itu, pasara raya, farmasi, pejabat pos dan bank masih beroperasi. – MalaysiaGazette