Anggota polis memeriksa kenderaan semasa Ops Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

KUCHING – Operasi semua pasar raya besar, pasar raya, pasar, kedai kopi, klinik swasta, restoran, kedai serbaneka 24 jam dan stesen petrol di seluruh Sarawak telah diarah tutup dari 7 malam hingga 7 pagi setiap hari mulai 24 Mac hingga 31 Mac dalam usaha untuk membasmi wabak Covid-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata,  syarat baharu itu adalah satu lagi strategi jawatankuasa itu untuk memerangi Covid-19 daripada terus merebak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Ini (arahan penutupan) adalah perlu untuk mengekang pergerakan orang awam yang masih ramai di tempat-tempat tertentu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast