Pesakit Covid-19 perlu kerap sanitasi tangan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menggunakan cecair pembasmi kuman dengan kandungan 70 peratus alkohol diingatkan supaya membasuh tangan terlebih dahulu sebelum memasak.

Ini kerana, alkohol adalah cecair yang boleh meruap pada kulit dalam tempoh yang lama.

Disebabkan itu, Dr. Norzaidi Zakaria berkata, penggunaannya boleh mencetuskan kebakaran jika individu tidak membasuh tangan selepas menggunakannya menyentuh dapur memasak.

”Basuh tangan selepas lebih seminit kita menggunakannya. Sabun tangan sebelum kita memasak,” nasihat Biro Media Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim).

Dr Norzaidi Zakaria

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa kes melecur dalam kalangan netizen yang tular di media sosial.

Insiden itu didakwa berpunca daripada penggunakan cecair pembasmi kuman yang mengandungi kandungan alkohol 70peratus.

Cecair pembasmi kuman kini semakin banyak digunakan oleh rakyat Malaysia berikutan penularan wabak Covid-19.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Utk dapur rumah biasa elok guna dapur electric induction dan thermal heater plate harga dua ratus lebih. Senang x payah order gas, tiada flame api. Boleh pasang kipas.

Comments are closed.