Lorenzo Sanz

MADRID – Bekas Presiden Real Madrid, Lorenzo Sanz meninggal dunia pada usia 76 tahun selepas dijangkiti wabak Covid-19.

Anaknya, Lorenzo Sanz mengesahkan kematian ayahnya menerusi Twitter miliknya.

“Ayah saya baharu sahaja meninggal dunia. Beliau tidak patut menemui kesudahan sebegini. (Dia) adalah salah seorang yang terbaik, berani dan sentiasa bekerja keras yang pernah saya kenali.

“Keluarga dan Real Madrid adalah minat beliau yang paling mendalam. Ibu dan setiap dari kami adik beradik sentiasa mengenang waktu bersama beliau dengan penuh bangga. RIP,” tulisnya.

Sanz adalah Presiden Real Madrid selama lima tahun dari  tahun 1995 sehingga tahun 2000 sebelum digantikan oleh Florentino Perez.

Sebelum ini, dia mengalami selsema selama lebih seminggu sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Fundacion Jimenz Diaz pada Selasa.

Lebih dari 24,000 orang telah dijangkiti dengan virus Covid-19 di Sepanyol yang sehingga kini telah merekodkan 1,400 kematian.

Real Madrid turut mengeluarkan kenyataan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Lanz.

Sanz meninggalkan balu, Mari Luiz dan lima anak iaitu Lorenzo, Francisco, Fernando, María Luz dan Diana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast