Penghuni penjara terbunuh rusuhan Covid-19 di Penjara Bogota

BOGOTA – Sekurang-kurangnya 23 orang meninggal dunia di penjara terbesar Bogota, Columbia selepas berlaku kekecohan panik akibat Covid-19 dalam kalangan banduan.

Cubaan pihak berkuasa penjara meleraikan keadaan bagaimanapun gagal selepas para banduan di penjara mula panik dan bertindak luar kawalan akibat pandemik itu.

Menteri Keadilannya, Margarita Cabello berkata, seramai 83 orang penghuni penjara telah tercedera semasa kekecohan itu berlaku di Penjara La Modelo.

Para penghuni penjara di seluruh negara itu mengadakan protes pada Ahad lalu menentang keadaan penjara sesak kritikal dengan penghuni dan fasiliti kesihatan yang teruk semasa penularan pandemik berkenaan.

Cabello berkata, pihaknya menyiasat segala pendakwaan penghuni serta insiden yang mengakibatkan 23 orang penghuni maut.

Cabello juga menegaskan 32 penghuni penjara dan tujuh pengawal keselamatan dimasukkan di hospital untuk rawatan manakala dua lagi pegawai kritikal.

Katanya, keganasan yang berlaku di dalam penjara berkenaan adalah dirancang dan dilaporkan berlaku di 13 penjara di negara tersebut.

Sambil menafikan keadaan tidak bersih penjara mencetuskan ketakutan penularan virus, katanya: “Ini bukan masalah kekotoran yang menyebabkan rusuhan dalam penjara.

“Setakat ini tiada seorangpun penghuni atau pegawai yang dijangkiti Covid-19,” katanya.

Tambahnya, ada beberapa penghuni penjara akan akan didakwa kerana terlibat dalam cubaan membunuh dan merosakkan harta benda penjara.

Sekumpulan besar saudara mara penghuni penjara itu juga menunggu di luar pintu utama penjara di La Modelo menantikan berita lanjut.

Mereka mengadu mendengar bunyi tembakan selepas kehadiran anggota keselamatan di dalam penjara.

Colombia mempunyai 132 penjara dengan kapasiti menampung 81,000 penghuni namun situasi semasa penjara menyaksikan bilangannya melebihi kapasiti asal iaitu 121,000 penghuni menurut data menteri.-MalaysiaGazette