Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan mengehadkan perkhidmatannya berkuatkuasa esok.

Menurut kenyataan ERL, perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan digabungkan dengan kekerapan perkhidmatan 30 minit.

Katanya, waktu operasi terhad itu akan bermula pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

“Manakala perkhidmatan itu akan berehat sebelum menyambung semula perkhidmatanya selang 30 minit lagi bermula dari 5 petang hingga 10 malam.

“Selain daripada tempoh masa perkhidmatan yang ditentukan ini, sila ambil maklum bahawa tiada perkhidmatan tren pada waktu-waktu lain,” katanya.

Tambah kenyataan itu, tempoh masa perjalanan tren di antara KL Sentral dan stesen KLIA adalah 35 minit.

Ujarnya, di Stesen KL Sentral semua tren akan bertolak dari platform Pelepasan KLIA Ekspres.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh merujuk papan notis di stesen tren tersebut, melayari laman sesawang www.KLIAekspres.com, Facebook KLIA Ekspres atau menghubungi Inkuiri Pelanggan menerusi 03- 2267 8000 (Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi hingga 6 petang). – MalaysiaGazette