dua mesej yang perlu disampaikan menerusi perbincangan itu agar menamatkan pergolakan dan melabelkan Israel sebagai negara aparteid.- Gambar hiasan.

BAITULMAQDIS – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan mengeluarkan arahan agar semua semua solat dan perhimpunan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis dilarang berkuat kuasa hari ini.

Menerusi satu kenyataan, kementerian yang juga penjaga bagi tanah suci ketiga umat Islam itu memberitahu tiada satu tempoh yang tidak ditetapkan bertujuan membendung penyebaran wabak Covid-19.

Perkara turut disahkan Pengarah Masjid Palestin, Sheikh Omar Kisawni.

Berikutan arahan itu, semua pintu masjid dan Masjid Kubah atau ‘Dome of the Rock’ yang terletak bersebelahan juga ditutup.

Bagaimanapun, pekerja masjid dan pengawal masih dibenarkan untuk memasuki masjid berkenaan manakala laungan azan tetap dibenarkan seperti biasa.

Menurut kenyataan itu lagi larangan solat turut berkuat kuasa di kawasan terbuka sekitar masjid berkenaan.

Bagaimanapun, jemaah masih boleh berkumpul di kawasan terbuka di kawasan bukit berhampiran.

Kebiasaannya, Masjid Al-Aqsa bukan sahaja menjadi tumpuan umat Islam untuk bersolat tetapi turut menerima kunjungan pelancong. – MalaysiaGazette