🎥 EKSKLUSIF MG | Ratusan Warga Asing ‘Pasar Borong KL’ Berbaris Jalani Saringan Covid 19

Hampir 500 pekerja asing di Pasar Borong Kuala Lumpur berbaris seawal 6 pagi selepas pihak berkuasa yang terdiri daripada pelbagai pasukan hadir di situ bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Pihak berkuasa terlibat terdiri daripada para petugas Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia.

Mereka tiba seawal jam 6 pagi bagi memastikan proses pemeriksaaan kesihatan serta pengumpulan maklumat dalam kalangan pekerja pasar borong itu berjalan lancar untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Para pekerja asing yang beratur panjang sejak awal lagi itu masing-masing menjalani ujian suhu badan serta pemeriksaan tekak. Mereka juga secara individu ditanya beberapa perkara termasuk sama ada terlibat dalam aktiviti jemaah tabligh.