Ed Woodward (kiri).

LONDON – Ketua Eksekutif, Manchester United, Ed Woodward menentang idea membatalkan Liga Perdana inggeris pada musim ini kerana menurutnya ia mesti diselesaikan sebaik mungkin.

Laporan dari akhbar UK mendedahkan kebanyakan kelab bersetuju untuk melengkapkan baki musim ini meskipun mereka tahu peluang untuk meneruskan baki musim ini sangat tipis ekoran wabak Covid-19 yang melanda ketika ini.

Woodward merupakan salah satu pihak yang menyuarakan idea untuk meneruskan baki saingan liga musim ini.

Walaupun mengemudi United dia juga tidak mahu melihat musuh tradisi mereka Liverpool untuk berputih mata pada musim ini yang terpaksa menanti selama 30 tahun untuk menjulang gelaran pertama Liga Perdana Inggeris.

The Reds yang ketika ini berada di puncak 25 mata di atas sepatutnya hampir pasti untuk meraih gelaran itu yang kini kerana masa yang ditangguhkan semantara.

Laporan itu mendakwa bahawa Woodward mahu keputusan adil untuk semua pihak kerana keputusan membatalkan musim ini akan menjadi berita malang buat Liverpool.

Woodward bersama-sama dengan pegawai kelab lain mahu baki perlawanan musim ini diteruskan walaupun ia terpaksa dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Ini kerana dia sedar lebih baik musim ini dilanjutkan daripada dihentikan.

United pula sendiri berada dalam kedudukan yang baik sebelum musim digantung apabila menduduki tempat kelima dalam liga dan sedang mengejar Chelsea di tempat keempat.

Red Devils juga mempunyai peluang untuk menjamin tempat di Liga Juara-juara yang yang mejadi sasaran pengurus, Ole Gunnar Solskjaer. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast