PLUS

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terpaksa menunda tarikh pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan RFID di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan LPT2 yang dijadualkan bermula pada 1 April ini.

Ketika penularan wabak Covid-19 ini, keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS termasuk pelanggan lebuh raya adalah menjadi keutamaan, oleh itu, semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem tersebut dihentikan sementara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

PLUS berkata, semua persiapan untuk memastikan persediaan RFID di semua lebuh raya kendalian PLUS akan bersambung sejurus selepas tempoh PKP berakhir.

”Apabila siap kelak, semua 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya PLUS dan 10 plaza tol di LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2) akan dilengkapi dengan kemudahan pembayaran tol menggunakan RFID,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette