Rizam hangatkan sidang DUN dengan membangkitkan isu air.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor didakwa masih bermain politik sempit dan gagal untuk membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail kesal dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang memutuskan bantuan RM30,000 sedia ada disalurkan secara terus ke dalam akaun Pusat Khidmat Masyarakat semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) kecuali sembilan ADUN pembangkang.

“Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak adil memandangkan sebelum ini di dalam ucapan pakej ransangan ekonomi Selangor telah menyatakan sejumlah RM30,000 akan diberi kepada seluruh 56 kawasan DUN melaksanakan aktiviti pengedaran topeng muka, makanan dan minuman untuk manfaat penduduk setempat,” ujar ADUN Sungai Tawar yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Jangan politikkan bantuan ketika negara sedang berusaha untuk membendung wabak pandemik Covid-19,” katanya.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Apa nak di kecewakan, contoh melalui teladan, apa nasib syed sideq dan Tun Mahadzir dan tak salah MB Selangor keturunan jawa Johor buat dan tahniah bekas exco masih nak bekerjasama walau bukan dari PH.

  2. Kerajaan negeri jelas, walaupun tidak disalurkan kepihak pembangkang, tapi jelas ke penyelaras @ ahli parlimen ph.

    Yg kerajaan pusat tak jelas.
    Tahan peruntukan tapi xde statement

    #asalbukanmuhyidin

Comments are closed.