H. Puvaniten

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat insurans sepatutnya memikul tanggungjawab sosial bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19 dengan pemberian saringan percuma.

Usaha itu haruslah dilakukan dengan segera bagi membantu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudah merancang untuk meningkatkan jumlah saringan harian dari 3,500 sehari kepada lebih 10,000 sehari bagi membantu meningkatkan kapasiti mengekang virus Covid-19 merebak dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, H. Puvaniten berkata, usaha membanteras penularan wabak Covid-19 ini sedang giat dilakukan oleh pihak kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), kementerian-kementerian seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, PDRM dan ATM.

Berikutan, itu sudah tiba masanya untuk syarikat-syarikat insurans untuk mengambil insistif tanggungjawab sosial yang sama.

”Apa yang boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat insurans ini adalah memberikan perkhidmatan saringan insurans percuma kepada semua pemegang-pemegang premium insurans untuk membuat saringan ini memandangkan banyak syarikat-syarikat insurans yang giat beroperasi di dalam negara kita.

“Usaha syarikat-syarikat banyak boleh membantu usaha membanteras penularan Covid-19,” katanya.

Puvaniten turut menambah, sekarang bukanlah saat bagi syarikat-syarikat insurans untuk melihat sama ada prosedur saringan ini akan membawa keuntungan atau tidak kepada mereka.

Sebaliknya, syarikat-syarikat insurans perlu menjadi contoh teladan yang terbaik untuk memikul tanggungjawab besar ini. – MalaysiaGazette