MIT

KUALA LUMPUR – Kebenaran yang telah diberi kepada syarikat-syarikat untuk meneruskan operasi masih terpakai sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020.

Kebenaran yang telah diberikan kepada syarikat untuk meletakkan mesin dalam keadaan siap siaga juga turut terpakai.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) berkata, perkhidmatan logistik bagi kilang-kilang yang sudah mendapat kebenarannya boleh meneruskan operasi.

Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan logistik persendirian bagi kilang-kilang yang mendapat kebenaran disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Selain itu, kebenaran untuk bekerja hanya terpakai kepada pekerja-pekerja yang disenaraikan di dalam permohonan syarikat yang diluluskan oleh MITI.

Pihak majikan perlu menyediakan salinan surat kelulusan MITI berserta senarai lampiran pekerja untuk memudahkan pergerakan pekerja-pekerja terbabit ke tempat kerja dan pulang ke lokasi kediaman.

Menurutnya, MITI juga ingin menekankan sebarang permohonan syarikat selepas tarikh tutup yang ditetapkan pada 24 Mac 2020 tidak akan diterima.

MITI berharap pemain industri akan memberi kerjasama penuh sepanjang tempoh lanjutan PKP dan mematuhi syarat-syarat untuk beroperasi yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. Ini adalah penting bagi memastikan penularan virus Covid-19 dapat dibendung secara efektif.

Ia juga memaklumkan bekalan keperluan asas seperti bahan makanan adalah terjamin dan MITI serta kementerian-kementerian yang terlibat akan sentiasa memantau rantaian bekalan makanan termasuklah perubatan
bersama-sama dengan pihak industri. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Assalamualaikum. Kepada Pegawai Miti. Sya daripada semua Syarikat Pengangkutan Barangan Buah Buahan. Sayur Sayuran Dan Hasilan Laut. Beroperasi Di Bukit Kayu Hitam. Kedah dan destinasi penghantaran barangan ke Singapore. Johor Bahru & Pasar Besar Selayang. Pertanyaan saya Di sini perlu atau tak perlu untuk saya dan Syarikat sya mendaftarnya. Sya mengharap Pegawai Miti dapat memberi tahu sya apalah jawapan dari Miti dan apakah tindakan seterusnya yang perlu sya buat. Sekian Terima Kasih.

Comments are closed.