Juan Mata - Foto: Press Association

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Manchester United, Juan Mata mengakui dia mempunyai sasaran besar sebelum meninggalkan Old Trafford.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu berkata, dia mempunyai impian untuk mendakap kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama United.

Di Old Trafford, Mata telah membantu United memenangi empat trofi setakat ini

“David de Gea selalu memberitahu saya ketika dia tiba di sini. Ketika itu saya lihat mereka telah kalah dalam persaingan Liga Perdana dengan satu mata di musim pertama tetapi pada musim kedua mereka menang. Dia memberitahu saya itu adalah satu peristiwa yang luar biasa.

“Saya sentiasa menghitung hari untuk dapat melakukannya. Saya mahu menang dan sudah tentu saya mahu memenanginya sebelum saya menamatkan karier saya.

“Mungkin saya akan bermain sehingga 50-an jika perlu, tetapi jika saya tidak menang, itu juga baik. Anda tahu saya tidak terlalu taksub dengannya namun begitu ia pasti hebat jika dapat memenangi hampir segala-galanya,” katanya. – MalaysiaGazette