Pemain bayern dan Borussia bersetuju potongan gaji 20 peratus dalam memerangi Covid-19 di Jerman

BERLIN – Para pemain dan pengarah dua kelab Bundesliga bersetuju menerima potongan gaji sehingga pandemik koronavirus lenyap.

Bayern Munich dan Borussia Dortmund berkata, langkah itu diambil bagi membantu kakitangan lain dengan menstabilkan kewangan kelab sepanjang tempoh memerangi Covid-19.

Dalam pada itu pemain Union Berlin yang menduduki tangga ke-11 liga mengumumkan mereka tidak dibayar gaji penuhn sehingga penuarab virus itu berakhir.

Minggu lalu pemain Borussia Monchengladbach tampil mengumumkan mereka bersedia gajidipotong.

Gaji pemain Bayern akan dipotong 20 peratus sementara separuh gaji pemain Dortmund akan dibekukan sepanjang tempoh pencegahan Covid-19.

Perlawanan bola sepak Bundesliga dihentikan semenjak 8 Mac lalu.

Minggu lalu, penyerang Bayern, Robert Lewandowski dan isteri, Anna menyumbang £920,000 kepada Jerman dalam memerangi virus maut itu. РMalaysiaGazette