Manchester United mendahului kelab eropah yang lain dalam mendapatkan Jadon Sancho akhir musim ini.

LONDON – Manchester United mendahului saingan untuk mendapatkan khimat pemain muda England, Jadon Sancho pada akhir musim ini.

Bintang Borussia Dortmund itu dijangka meninggalkan kelab itu akhir musim ini.

Ia menyebabkan kebanyakan kelab elit Eropah termasuk dari Liga Perdana Inggeris mula melobi dan memburu khidmat pemain tersebut.

Bagaimanapun the Red Devils dilaporkan mendahului saingan dalam mendapatkan pemain tersebut.

United dikatakan bersedia untuk membayar £120 juta untuk mengikat khidmat bintang muda itu.

Sancho hanya menyertai Dortmund dari Manchester City pada 2017 dan nilainya sudah melonjak di pasaran.

Liverpool, Chelsea, Barcelona dan Juventus m,erupakan antara kelab elit Eropah yang mengintai perkembangan pemain tersebut.

Namun, bagi kelab terbabit klausa £120 juta itu dilihat terlampau tinggi, sekali gus memihak kepada United. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.