MADRID – Angka kematian akibat Covid-19 di Sepanyol telah melepasi jumlah di China, sekali gus menjadikan negara kedua tertinggi dijangkiti koronavirus di dunia.

Jumlah kematian meningkat sebanyak 738 kes dalam tempoh 24 jam – rekod harian tertinggi – kepada 3,434 kes berbanding 683 kes di Itali.

Sebagai perbandingan, China merekodkan 3,285 kes kematian manakala Itali – negara paling teruk sebanyak 6,820.

Hampir 27,000 orang kini dirawat di hospital.

Madrid menyaksikan negara paling teruk terkesan tetapi Catalonia pula merekodkan kenaikan pantas kes.

Timbalan Perdana Menteri Sepanyol, Carmen Calvo telah disahkan positif virus itu dan sedang dirawat di hospital kerana mengalami simptom pernafasan.

Ahli-ahli Parlimen telah mengundi untuk melanjutkan darurat bagi tempoh dua minggu lagi sehingga 11 April ini.

Di bawah peraturan itu, orang ramai dilarang meninggalkan kediaman masing-masing kecuali membeli bekalan makanan penting, ubat-ubatan dan ke tempat kerja.

Sebanyak 460,000 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 20,000 kematian dan lebih daripada 110,000 sudah pulih, menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins. – MalaysiaGazette