TERKINI : Inisiatif Wilayah Cakna Peruntuk RM63.6 Juta – Tan Sri Annuar Musa

Kabinet telah meluluskan peruntukan inisiatif Wilayah Cakna yang berjumlah RM63.6 juta bagi menguruskan impak penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) ke atas warga Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif itu bertujuan menyelaraskan pengagihan bantuan dalam bentuk makanan, barang, pembayaran pengecualian dan wang tunai kepada golongan miskin bandar, peniaga kecil dan penjaja serta pekerja gaji harian selain menghargai petugas kesihatan dan petugas penguatkuasaan PKP. Jelas beliau, Wilayah Cakna itu merupakan inisiatif hasil penyelarasan maklumat dan tindakan melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri WP dan Pusat Pengurusan Krisis (CMC).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast