Pertemuan dua anggota polis ketika Op Covid 19 dengan sastu keluarga di tamai permainan membawa kisah yang menyentuh perrasaan. - foto IG pdrmsia_trafik

KUALA LUMPUR – Pertemuan dua pegawai polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dengan pasangan suami isteri bersama seorang anak di taman permainan di Tampoi, Johor Bahru ternyata membawa kisah yang tersendiri.

Kejadian berlaku ketika Koperal Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel Mudrikah Nazirul Nordin melakukan rondaan Op Covid 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru.

Semasa rondaan di taman permainan, kedua-dua polis itu bertemu keluarga tersebut yang sedang duduk di bangku di situ dan menasihatkan mereka supaya akur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta pulang ke rumah.

Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.

Terkesan mendengar luahan keluarga itu, pegawai polis berkenaan telah membawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan memberikan bantuan susu untuk anak yang berumur 1 tahun 4 bulan.

Koperal Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel Mudrikah Nazirul Nordin bersama keluarga malang.

Lebih menyentuh hati kedua-dua pegawai polis tersebut apabila mereka dberitahu anak kecil itu hanya beri minum milo bercampur gula kerana pasangan suami isteri itu tidak mampu membeli susu.

Keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan menyewa bilik. Suaminya telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja manakala si isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.

Kisah menyentuh perasaan ini dikongsi di Instagram pdrmsia_trafik.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut memuji Koperal Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel Mudrikah Nazirul Nordin kerana membantu keluarga yang dalam kesempitan itu.

Mereka juga melahirkan rasa simpati kepada keluarga berkenaan dan bersyukur kerana masih ada pihak yang berlapang hati meringankan beban hidup pasangan suami isteri itu.

Terima kasih Koperal Mohd Hisham dan Konstable Mudrikah, hanya Allah membalas jasa anda berdua. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Assalamualaikum Malaysiagazette,

    Bole berkongsi dgn pembaca mengenai maklumat peribadi seperti Nama, no tolefon, alamat rumah dan bank account pasangan yg serba kekurangan ini supaya dpt disalurkan bantuan.

    Terima kasih

  2. Terharu…tersentap seketika..tiba2 mengalir air mata..Allahuakbar…terima kasih Allah krn menggerakkan hati & nurani kedua2 anggota polis terbabit.

  3. Kakak2 dan abang2 jutawan di malaysia… Masa ni la kita leh lihat insan2 yg dlm kesempitan masa PKP ni… Yg sangat memerlukan bantuan…. Duit2 tabung masjid/surau2 boleh dah disalurkan pd yg betol2 memerlukan bantuan….

Comments are closed.