TERKINI : Masih Ramai Pelanggan Sehingga Berlaga Bahu di Pasar Raya

Hari ini merupakan hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun jumlah orang awam yang keluar khususnya ke pasaraya masih ramai.

Malah ada pekerja Giant memaklumkan mereka menjangkakan bahawa jumlah pelanggan akan kekal agak ramai sehingga 5 April nanti sejak kebanyakan telah menerima gaji pada 25 Mac yang lalu.

Meskipun menerima jumlah pelanggan yang ramai, namun tiga pasaraya yang MalaysiaGazette kunjungi iaitu Tesco Extra Ampang, NSK Wangsa Maju, dan Giant Setapak tetap mengekalkan pemeriksaan haba, pemberian cecair pembasmi kuman dan mengarahkan pelanggan untuk membuat pembelian selama 30 minit sahaja bagi setiap orang.

Pihak pasaraya juga masing-masing menghadkan kemasukan pelanggan dalam premis mereka.

1 Komen

Comments are closed.