Maurizio Sarri . foto Agensi

MILAN – Juventus tepaksa memotong gaji pemain dan jurulatih, Maurizio Sarri selepas semua acara sukan ditangguhkan sehingga 3 April inisusulan penularan Covid-19.

Perkara itu disahkan satu kenyataan di laman web kelab itu.

“Kami telah mencapai persetujuan antara pemain dan jurulatih apabila mereka bersetuhu pemotongan gaji dilakukan bagi bulan Mac hingga Jun ini.

“Keputusan ini akan memberi penjimatan sebanyak 90 juta euro (RM434.9 juta) kepada kelab bagi tahun kewangan 2019/2020,” kata kenyataan itu.

Juventus kini berada di tangga teratas Serie A dan berkelebihan satu mata di depan penghuni tangga kedua, Lazio sebelum saingan ditangguhkan.

Kelab itu menambah, pemain akan menerima bayaran tambahan bagi bulan seterusnya jika saingan sempat berakhir pada tahun ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pemain dan jurulatih di atas komitmen mereka pada waktu sukar in,” katanya.

Pemain di beberapa buah kelab gergasi Eropah turut bersetuju gaji mereka dipotong termasuk Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

Antara pemain bintang yang menerima gaji tertinggi di Juventus adalah pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo dan pemain tengah Wales, Aaron Ramsey.

Sehingga kini seramai 10,000 orang maut akibat Covid-19 di Itali, angkat tertinggi berbanding negara lain. – MalaysiaGazette