Kelihatan hampir 90% persiapan dan persediaan 'hospital Sementara' pusat kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani sebarang kemungkinan belaku sekiranya tempat tidak mengcukupi untuk menempatkan pesakit-pesakit positif Covid19 berikutan musibah wabak Covid-19 yang melanda negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Sedang, Selangor foto AFFAN FAUZI, 29 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dikenali sebagai lokasi untuk pameran atau perhimpunan berskala besar namun kini berubah wajah menjadi sebuah hospital sementara untuk menangani penularan wabak Covid-19.

Malah Dewan A dan B di kawasan itu telah diubahsuai untuk dijadikan pusat kuarantin dan rawatan bagi persediaan menampung pesakit Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua dewan itu boleh memenuhi kapasiti 600 pesakit pada satu-satu masa.

Kelihatan hampir 90 peratus persiapan dan persediaan ‘hospital sementara’ pusat kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani sebarang kemungkinan belaku sekiranya tempat tidak mengcukupi untuk menempatkan pesakit-pesakit positif Covid19 berikutan musibah wabak Covid-19 yang melanda negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Sedang, Selangor foto AFFAN FAUZI, 29 MAC 2020

Ia diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

“Kita jangkakan pertengahan April akan ada kes (positif Covid-19) yang mendadak.

“Pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 sementara di MAEPS dijangka siap petang esok,” kata Noor Hisham Abdullah semalam.

Kelihatan hampir 90% persiapan dan persediaan ‘hospital Sementara’ pusat kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani sebarang kemungkinan belaku sekiranya tempat tidak mengcukupi untuk menempatkan pesakit-pesakit positif Covid19 berikutan musibah wabak Covid-19 yang melanda negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Sedang, Selangor foto AFFAN FAUZI, 29 MAC 2020

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilihat mengadakan lawatan ke MAEPS dan berkata kawasan itu dalam persiapan akhir sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah. – MalaysiaGazette