KUALA LUMPUR – Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) mengesahkan seorang pekerjanya yang bertugas di cawangan Damansara Uptown disahkan positif Covid-19).

Kakitangan itu juga turut berkhidmat di dua cawangan lain iaitu Alliance Bank Taman Tun Dr. Ismail dan Kota Damansara.

Dia kini menerima rawatan di sebuah hospital.

Alliance Bank berkata, sejajar dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya sedang menjejaki kontak dengan mengenal pasti pekerja-pekerja lain dan pelanggan yang telah berhubung dengan kakitangan tersebut.

Pekerja-pekerja itu akan menjalani saringan Covid-19 dan masih dikuarantinkan.

Berikutan itu, tiga cawangan bank berkenaan ditutup sehingga satu tarikh yang akan diumumkan untuk kerja-kerja sanitasi. – MalaysiaGazette