Mohd Rafi (kiri) menyerahkan kira-kira 200 keping topeng penulut mulut dan muka kepada wakil Malaysia Gazette di Setapak, hari ini.

KUALA LUMPUR – Malaysia Gazette (MG) hari ini menerima kira-kira 200 keping topeng penutup mulut dan muka dari seorang aktivis masyarakat.

Topeng penutup mulut dan muka itu disampaikan Mohd Rafi Awang Kechik kepada wakil MG di kediamannya di Setapak di sini, pagi ini.

Menurutnya, beliau terpanggil untuk menyumbangkan topeng keselamatan itu selepas melihat warga MG iaitu wartawan, jurugambar dan juruvideo bertugas siang malam bersama barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, demi keselamatan petugas berkenaan adalah wajar beliau membekalkan topeng penutup mulut dan muka itu agar dapat mengelak mereka dari terkena sebarang bahaya jangkitan.

“Saya selalu mengikuti perkembangan terkini mengenai Covid-19 yang dilaporkan portal MG dan melihat petugasnya berdepan dengan risiko yang agak tinggi serangan virus itu.

“Justeru, saya berusaha mendapatkan bekalan topeng itu dan menyumbangkan kepada mereka agar dapat membantu melancarkan tugasan petugas MG di barisan depan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast