UEFA

LONDON – Baki perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa musim ini yang ditangguh akibat penularan koronavirus akan diadakan pada Julai dan Ogos ini.

Keputusan itu dicapai selepas pandemik virus itu dilihat semakin serius  khususnya di Eropah dan mengancam kalender bola sepak benua tersebut.

Sementara kesemua perlawanan antarabangsa yang dijadualkan pada Jun ini juga telah digantung sehingga musim luruh.

Langkah itu doambil bagi memberi laluan untuk melengkapkan musim bola sepak 2019/2020 yang tertangguh akibat ancaman Covid-19.

Aksi domestik Liga Perdana Inggeris yang masih digantung sehingga 30 April ini.

UEFA atau badan bola sepak Eropah menetapkan satu lagi sidang video bersama semua kelab liga di Eropah untuk merancang melengkapkan baki perlawanan yang ditangguhkan itu. – MalaysiaGazette