KUALA LUMPUR – Hulu Langat dan Lembah Pantai merekodkan kes positif Covid-19 tertinggi di Malaysia, masing-masing 265 dan 238 kes.

Kawasan lain ialah Petaling Jaya iaitu 234 kes.

Data itu daripada infografik Kementerian Kesihatan Malaysia membabitkan kes melebihi 40 dan ke atas di Malaysia yang diletakkan sebagai Zon Merah.

Di Negeri Sembilan, Seremban mencatatkan 119 manakala Johor pula merekodkan 219 kes dengan Johor Bahru (112) dan Kluang (107).

Selain itu Kota Bharu (80), Kinta (77), Titiwangsa (75), Klang (74) dan Gombak (62).

Di Kuching dan Tawau masing-masing merekodkan 97 dan 63 kes.

Setakat semalam, Malaysia menyaksikan 140 kes jangkitan dengan 2,766 kes keseluruhannya. – MalaysiaGazette