Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hadir pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Terdapat pertambahan dua lagi kematian akibat pandemik Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat wabak itu sebanyak 45 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kes kematian tersebut melibatkan seorang wanita dan seorang lelaki yang masing-masing berusia 80 dan 62 tahun.

Menurutnya, kedua-dua warga emas itu mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Statistik menunjukkan terdapat 142 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,908 kes.

Sehingga kini seramai 102 kes positif wabak itu sedang dirawat di Uni Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut 66 kes memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette