Jepun masih menutup sekolah ekoran penularan wabak koronavirus sejak Mac lalu. foto Agensi

TOKYO – Jepun sedang mempertimbangkan untuk menutup sekolah-sekolah di bandar ini sehingga awal bulan Mei.

Pertimbangan itu mengambil kira kes jangkitan Covid-19 meningkat sehingga 78 kes sehari.

Sebelum ini, Tokyo mengatakan mahu memulakan sesi akademik semula dengan membuka beberapa sekolah terlebih dahulu mulai minggu depan.

Kebanyakan sekolah di Jepun telah ditutup sejak permulaan bulan Mac berikutan arahan Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Lembaga Pendidikan Tokyo akan bermesyuarat pada hari ini untuk membincangkan cadangan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast