TERKINI : Kerajaan Selangor Tangguh atau Batalkan Semua Bazar Ramadhan – MB Selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah membatalkan semua pelaksanaan Bazar Ramadan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri itu, berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu dicapai selepas pihaknya bermesyuarat dengan Yang di-Pertua PBT di seluruh negeri itu, hari ini bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua.