Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (kanan) hadir pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersedia untuk memperkenalkan ubat antivirus, Remdesivir, keluaran Amerika Syarikat (AS) yang dilihat mampu merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hashim Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan permohonan untuk membawa masuk ubat tersebut bagi diuji keberkesanannya.

“Sejak hari pertama lagi, pihak kementerian juga menggunakan hydroxychloroquine dan beberapa lagi ubat antivirus off-label,” katanya pada sidang media harian mengenai penularan Covid-19 hari ini.

Off-label bermaksud ubat yang digunakan bagi tujuan berbeza dengan apa yang diluluskan pihak berkuasa.

Sebelum ini Hydroxychloroquine pernah digunakan untuk merawat jangkitan malaria.

“Kami (KKM) ada menerima permohonan untuk membawa masuk Remdesivir, ia telah diluluskan satu atau dua.

“InsyaAllah, kita akan cuba memperkenalkan ubat baharu ini untuk merawat kepada pesakit kita,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast