Seorang penduduk melihat para petugas melakukan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi bagi membendung penularan pandemik Covid-19 pada fasa dua Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar Pasar Pudu, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Berikut senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.

  1. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan Migrant Care (Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat) bahawa kerajaan Malaysia mengusir rakyat Indonesia secara besar-besaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
  2. Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan hospital tersebut menghebahkan kes positif COVID-19 di setiap kawasan daerah Segamat.
  3. Ketua Polis Daerah Penampang, Sabah, DSP Mohd Haris Ibrahim menafikan dakwaan kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Putatan, walhal sebenarnya kejadian tersebut berlaku di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada tahun 2019 dan merupakan video lama yang diguna semula.

— BERNAMA