Datuk Aliff Syukri bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd dan anaknya, Yusoff Al Qardawi yang muncul juara bagi kategori Si Cilik Meletop pada Anugerah Meletop Era 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 21 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Kemelut rumahtangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kembali menjadi spekulasi apabila surat tuntutan cerai isterinya, Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial.

Surat itu didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Aliff  sering memuat naik status kecewa dan sedih, sekali gus menguatkan lagi dakwaan rumah tangganya kini dilanda badai.

Difahamkan, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aliff juga dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.

Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian dan difahamkan pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ini yg di kata kan harta kemewahan serta wang ringgit bkan segala2 nya walau pun segala2 nya memerlu kan duit.

Comments are closed.