Gambar hiasan

BANGKOK – Kementerian Kewangan Thailand berkata, Jabatan Perbendaharaan akan mengeluarkan duit syiling baharu dan mengumpul semula syiling lama untuk pembersihan menyeluruh dalam usaha membendung penyebaran Covid-19.

Kerajaan Thailand akan mengeluarkan 31 bilion wang syiling .

Manakala wang-wang lama pula akan dibersihkan menggunakan cahaya ultraviolet pada 200 darjah selsius.

Di Thailand, wang tunai adalah sumber utama urus niaga. Orang masih membawa wang tunai untuk membeli makanan dan barangan.

“Virus itu boleh melekat pada duit syiling lama selama lima hingga tujuh hari dan dengan wang kertas selama sembilan hari,” kata Yuttana, Ketua Jabatan Perbendaharaan.

Menurutnya, orang ramai masih boleh menggunakan sabun basuh dan kemudian menjemurnya, selain penggunaan alkohol.

Susulan penularan wabak koronavirus ini, Yuttana berkata, kerajaan menggalakkan rakyat Thailand melakukan transaksi secara dalam talian.

Thailand merekodkan sebanyak 120 kes Covid-19 dengan dua kematian semalam, menjadikan jumlah kes jangkitan dan maut masing-masing kepada 1,771 dan 12. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.