TERKINI : Pertambahan 3 Kematian Baharu Kes Covid19 Hari Ini – Dr. Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan tiga lagi kes kematian akibat wabak Covid-19 setakat jam 12 tengahari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan tiga kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 53 kes.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) sehingga kini terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian berkaitan Covid-19.