Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hadir pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 04 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Lima pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 di negara ini disahkan mempunyai kaitan denga kluster yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali dan kini seorang lagi kritikal serta memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikenalpasti dari kes 1580 dan sehingga kini 37 orang disahkan positif daripada kluster tersebut termasuk lima kematian (kes 1031, 1006, 2850 dan 2210).

Katanya, kluster itu telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga di Kuching, Sarawak..
“Setakat 5 April 12 tengah hari, 180 negara telah terjejas akibat Covid-19 dan sememangnya ada risiko kes import menular di negara ini.
“Justeru, amat penting masyarakat jujur beri maklumat jika mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19, sejarah perjalanan ke luar negara atau kehadiran ke perhimpunan yang telah diumumkan KKM sebagai berkait rapat dgn penularan jangkitan Covid-19 di Malaysi,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 51,937 individu telah menjalani saringan dan ,662 adalah positif.

“Kapasiti hospital dan klinik kita adalah pada para 11,500 dan kita ada 43 makmal dan akan ditambah dua lagi makmal di Sandakan dan Tawau,” katanya lagi. -MalaysiaGazette