Mauro Icardi

ROM – AC Milan dilaporkan memasang impian untuk menandatangani penyerang Argentina Mauro Icardi yang kini dipinjamkan ke Paris Saint Germain sejak awal musim ini.

Bagaimanapun rancangan itu akan berdepan laluan sukar untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Inter Milan itu yang kini brjaya menemui rentak di Ligue 1.

Icardi yang kurang menyerlah semasa di San Siro kini berjaya menjaringkan 20 gol untuk PSG setakat ini.

AC Milan yang memantau perkembangan pemain itu mahu mendapatkan khidmatnya.

Namun, kelab Serie A itu perlu menyediakan dana berjumlah £75 juta untuk mendapatkan pemain itu.

Walaupun PSG mempunyai opsyen pembelian tetap bernilai £62 juta selepas tempoh pinjaman Icardi di PSG tamat pada akhir musim ini, pemain itu dikatakan tidak lagi berhasrat untuk tinggal di Paris dan mahu kembali ke Serie A.

Pada musim 2018/2019 ketika bersama Inter Milan, Icardi enggan menyertai pasukan itu beraksi dalam Liga Europa menentang Rapid Vienna.

Ia sekaligus memberi gambaran tentang kewujudan ketagangan antara pemain itu dengan Inter Milan.

Juara bertahan Serie A Juventus turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu. – MalaysiaGazette