KUALA LUMPUR –  Hospital Serdang akan memulakan siasatan terperinci mengenai dakwaan seorang pengguna Facebook yang  mendapat penutup mulut dan hidung, sarung tangan getah dan cecair tangan daripada hospital berkenaan.

Menurut kenyataan Hospital Serdang, tindakan tegas akan diambil pihaknya sekiranya dakwaan itu adalah benar.

“Pihak Hospital Serdang mengambil maklum dan memandang serius isu tular di laman media sosial Facebook milik Zahlelawati Niene, bertarikh 5 April 2020 berkenaan peralatan penutup muka (face mask), sarung tangan (glove) dan hand sanitiser  (cecair pembasmi kuman) yang didakwa diperolehi daripada Hospital Serdang.

“Pihak hospital berterima kasih akan keprihatinan orang awam terutama pengguna media sosial yang telah memanjangkan isu ini agar tiada berlaku sebarang penyalahgunaan terutama ketika negara sedang menangani wabak Covid-19,” demikan menurut Ketua Pengarahnya.

 

Semalam tular satu status di Facebook milik Zahlelawati Niene yang mendakwa mendapat semua produk itu daripada abangnya yang bekerja di hospital berkenaan.

“Alhmdlh sempat amik barang2 nie kt serdang. Mask, glove & sanitizer.. Jimat byk da dkt sni.. Tak pyh susah nk bli, tak sangka…tak percaya jalan bole clear sampai mcm nie.

“Selalu klw lalu mesti byk kete Sekatan hanya dkt skve telok je. Tq abam2 askar, TLDM & polis bg aye laluan,” tulis beliau.

Ekoran penularan status itu, akaun Zahlelawati Niene didapati sudah dipadamkan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ko ingat dah padam dorang tak leh trace?.. Silap besar kak oi.. Tula suka sgt menunjuk2..kan dah susah.

Comments are closed.