KUALA LUMPUR – Kesanggupan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) meluluskan operasi sebuah kilang arak dipersoalkan ketika barisan hadapan sedang bertungkus lumus memastikan keselamatan rakyat.

Ketua Penerangan Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysiasia (Berjasa), Asyraf Badhrul berkata, kilang berkenaan bukan dalam kategori keperluan dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

”Ketika para petugas di barisan hadapan bertungkus-lumus memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat, bagaimana kerajaan sanggup membenarkan operasi syarikat yang
langsung tidak menyumbang kepada kesejahteraan negara?,” soalnya.

Semalam, tular sepucuk surat bertarikh 31 Mac 2020 yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) apabila memberi kebenaran kepada syarikat arak Heineken Malaysia Berhad untuk beroperasi semasa PKP.

Di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa Heineken pada 24 Mac lalu telah memohon kebenaran untuk beroperasi dan kilang itu dibenarkan berbuat demikian bagi memastikan bekalan mencukupi sepanjang PKP.

Sehubungan itu, Berjasa menggesa kerajaan menjelaskan perkara ini secepat mungkin.

“Angkatan Pemuda memandang serius perkara ini dan sekiranya benar, menentang dan menggesa supaya KPDNHEP membatalkan kebenaran tersebut,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jgn ko buat bukn2ya..ini krjaan baru..bkn krjaan ph yg jht tu ya..klu krjaan ph blh lh..sbb dlm krjaan pun puak2 kafir harbi yg kuaszi nya dlm kjaan.

Comments are closed.