Boris Johnson. foto Agensi

LONDON – Perdana Menteri, Boris Johnson yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi tidak menggunakan alat pernafasan.

Tetapi beliau mendapat sedikit bantuan pernafasan.

Artikel berkaitan: Boris Johnson dimasukkan ke ICU

Menteri Pejabat Kabinet, Michael Gove berkata, sebarang perubahan keadaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Beliau tidak dalam keadaan yang memerlukan bantuan pernafasan. Perdana Menteri ada menerima sokongan oksigen dan dipantau secara rapi,” ujarnya kepada LBC Radio. – MalaysiaGazette