Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan 11 lelaki India yang meminum arak di sebuah taman perumahan iaitu di perumahan awam di Kepong dan juga Kampung Laksamana Batu Caves ditahan polis kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan penahanan kesemua suspek tersebut sekitar 7.30 malam dan 12.50 pagi pada malam Ahad dan pagi Isnin lalu.

“Dalam kejadian pertama pada malam Ahad, sepasukan anggota polis membuat rondaan dan pemantauan PKP pada Op Covid-19 di Jalan E5/10 Taman Ehsan Kepong. Polis telah menahan tujuh lelaki India disyaki meminum arak di kawasan perumahan tersebut.

“Mereka menerusi hasil soal siasat gagal memberi keterangan yang munasabah mengenai pergerakannya dan sengaja tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan sebagaimana di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kesemua suspek katanya ditangkap untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11 PPPDPB 2020 dan Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Kesemua suspek adalah berumur lingkungan 18 hingga 33 tahun dan salah seorangnya mempunyai rekod lampau jenayah. Polis turut merampas 10 tin arak berjenama Carlsberg,” tegasnya lagi.

Dalam satu lagi kejadian di bawah perintah PKP pada 6 April jam 12.50 pagi, hasil rondaan dan pemantauan polis menahan empat lelaki India yang turut dilihat meminum arak di kawasan Kampung Laksamana iaitu di hadapan rumah Jalan Laksamana, Batu Caves.

“Kesemua empat suspek lelaki India itu berusia antara 20 hingga 22 tahun dan dua orang daripadanya mempunyai rekod lampau.

“Polis turut berjaya merampas kesemua barangan berupa kotak minuman keras berjenama Johnie Walker Black Label, satu botol arak Club 99, tiga cawan plasik, satu botol minuman Coca Cola 1.5 liter dan serangkai kunci motosikal untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan Peraturan 11 PPPDPB 2020 dan Seksyen 21 AKK 1955,” tegasnya lagi. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sial betul lah diorg ni..klu mcm ni gayanya alamat sampi hujung tahun lah PKP ni berkuatkuasa..pihak berkuasa kena ketatkan lg pengawasan dan hukuman jgn peduli apa ngo2 bangang tu nk ckp..klu ssh sgt tembak jer diorg yg degil tu..

Comments are closed.