Datuk Aidi Ismail

KUCHING – Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail hari ini mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Umum negeri (HUS) di sini.

Beliau berkata demikian semasa dihubungi Bernama hari ini untuk mengesahkan laporan sebuah portal dalam talian yang menyebut beliau dimasukkan ke HUS semalam selepas mengalami sakit tekak.

Aidi berkata, isterinya dan anggota polis yang bekerja sepejabat dengannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen telah diarah untuk menjalani kuarantin di rumah masing-masing sementara menunggu keputusan makmal. – Bernama