Corentin Tolisso

MUNICH – Corentin Tolisso dikhabarkan menjadi buruan kelab Liga Perdana Inggeri (EPL), iaitu Manchester United dan Arsenal musim ini.

Bintang Bayern Munich itu tidak lagi menjadi pilihan utama jurulatih baharu kelab itu di Allianz Arena dalam Bundesliga Jerman.

Laporan terbaharu mendakwa Arsenal dan Man United sedang memantau perkembangan pemain itu yang dikatakan sedang mencari kelab baharu untuk meneruskan kariernya.

Bagaimanapun, kedua-dua kelab Inggeris itu menghadapi saingan sengit daripada kelab Eropah lain termasuk Juventus, Atletico Madrid dan Napoli.

Malahan laporan di Perancis mendakwa Bayern Munich bersedia menjual pemain itu dengan nilai £37 juta.

Sejak menyertai Bayern tiga tahun lalu, pemain berusia 25 tahun itu beraksi dalam 68 perlawanan dan menjaringkan 14 gol setakat ini. -MalaysiaGazette