Teka teki masa depan Messi bersama Barcelona mula terbongkar apabila bintang Arhgentina itu akhirnya mengemukakan permohonan rasmi meninggalkan kelab itu serta merta.

MADRID – Lionel Messi menyifatkan dakwaan beliau akan meninggalkan Barcelona dan menyertai kelab Serie A Itali, Inter Milan sebagai berita palsu.

Malah, superstar Argentina juga menafikan laporan yang mendakwa dia telah membayar wang jaminan penjara untuk legenda Brazil Ronaldinho untuk bebas dari penjara Paraguay.

Messi dengan perasaan marah meninggalkan mesej berkenaan dalam status Instagram peribadinya terhadap kedua-dua berita palsu itu.

Bintang Barcelona itu juga menyifatkan berita mengaitkan dirinya dengan Inter Milan dan berita Ronaldinho sebagai penipuan nombor satu dan nombor dua.

“Apa yang mereka sebarkan mengenai penghijrahan saya ke Inter Milan adalah palsu, saya bersyukur orang tak percaya berita itu,” katanya.

Ronaldinho menghabiskan selama 32 hari dalam penjara selepas dia dan abang kandungnya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Asuncion Paraguay kerana cuba memasuki negara itu menggunakan dokumen perjalanan palsu pada 6 Mac lalu.

Beliau kemudian dibebaskan dengan bon kelakuan baik berjumlah 1.3 juta pound minggu lalu sebelum dikenakan tahanan rumah di sebuahb hotel mewah di ibu kota tersebut.-MalaysiaGazette