KUALA LUMPUR – Nilai jualan perdagangan borong dan runcit merekodkan RM109.0 bilion pada bulan Februari, tumbuh 5.3 peratus berbanding tempoh sama setahun lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan ini disumbangkan oleh perdagangan runcit yang tumbuh 6.3 peratus.

Pada tempoh sama, perdagangan borong turut meningkat dengan catatan 4.9 peratus manakala bagi kenderaan bermotor, nilai jualan berkembang 3.5 peratus berbanding 1% yang dicatat pada Januari 2020.

Bagi prestasi Perdagangan Borong & Runcit berbanding bulan lalu, nilai jualan mencatatkan pertumbuhan negatif 5.1 peratus.

”Pertumbuhan negatif ini disumbangkan oleh semua subsektor iaitu Kenderaan Bermotor, Perdagangan Borong dan Perdagangan Runcit masing-masing sebanyak 9.4 peratus, 5.4 peratus dan 3.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bagi indeks volum, perdagangan borong & runcit meningkat 5.4% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya didorong oleh perdagangan runcit yang berkembang 6.4 peratus diikuti oleh perdagangan borong yang merekodkan 4.9%
berbanding 5.3% pada Januari 2020.

Kenderaan Bermotor juga meningkat 3.6% selepas mencatatkan pertumbuhan marginal sebanyak 0.9 peratus
pada bulan lalu.

Indeks volum pelarasan musim pula merekodkan pertumbuhan negatif 0.6% berbanding Januari 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast