Pendandan rambut yang disahkan dijangkiti koronavirus bersama-sama 200 orang berada di restoran Joy Garden baru-baru ini.

SINGAPURA – Seorang pendandan rambut yang merupakan salah satu daripada 12 kes koronavirus di Singapura pada Ahad lalu mengakui menerima pelanggan-pelanggan walaupun terdapat tanda-tanda simptom

Wanita berusia 58 tahun itu mengakui memakai penutup muka dan mulut sepanjang masa.

Beliau yang bekerja dari kediamannya di Jurong West Street 74 berkata, dia merujuk tentang simptomnya pada Selasa lalu dan disahkan dijangkiti pada hari Sabtu.

Wanita ini merupakan dalam kalangan kluster makan malam Safra Jurong dengan 30 kes pada hari Ahad.

Dia memberitahu media Lianhe Wanbao pada hari Ahad bahawa dia menerima kira-kira 10 pelanggan dari hari Selasa hingga Sabtu.

Wanita itu, yang tidak mahu dinamakan berkata, dia mula mengesan hidungnya tersumbat pada hari Selasa dan memaklumkan pelanggannya.

“Ada di antara mereka yang diberitahu melalui telefon (saya sakit), dan selebihnya saya memberitahu ketika mereka tiba di rumah saya, tetapi kebanyakan mereka berkata mereka tidak bimbang.

“Saya biasanya memakai topeng atas sebab kebersihan ketika memotong rambut dan itulah yang saya lakukan sebelum ini,” tambah wanita itu.

Wanita itu pergi berjumpa doktor pada hari Selasa dan sekali lagi dua hari kemudian.

“Saya tidak biasanya pergi berjumpa doktor untuk sakit ringan tetapi memandangkan keadaan semasa, saya fikir ia adalah yang terbaik untuk berhati-hati.

“Tetapi kedua kali saya pergi, doktor hanya mengatakan bahawa tekak saya sedikit bengkak dan mungkin hanya selesema biasa. Tekak saya tidak sakit dan saya juga tidak batuk.

“Saya pergi ke Hospital Umum Ng Teng Fong pada hari Sabtu, yang kemudian mengesahkan saya mempunyai virus,” ujarnya.

Pendandan rambut tersebut menyatakan dia telah membantu Kementerian Kesihatan berhubung dengan semua pelanggan yang terjejas.

Wanita ini berkata dia mengalami demam selepas dimasukkan ke hospital tetapi kini semakin baik walaupun belum dibenarkan keluar kerana pemeriksaan masih dilakukan.

Dia menghadiri makan malam yang dihadiri kira-kira 200 orang pada 15 Februari lalu di Joy Garden Restaurant, dekat Safra Jurong. – MalaysiaGazette