Man City ungguli saingan untuk mendapatkan prospek Argentin Lautaro Martinez akhir musim ini.

LONDON – Manchester City menjadi pasukan pilihan penyerang Inter Milan Lautaro Martinez pada akhir musim ini.

Laporan di Itali mendakwa Pep Guardiola bersedia untuk mengaktifkan dan membayar klausa pelepasan bernilai £97.4 juta yang ditetapkan kelab Serie A untuk bintang muda Argentina itu.

Chelsea dan dua kelab gergasi La Liga iaitu Real Madrid dan Barcelona turut mengintai secara dekat perkembangan pemain itu di Itali.

Tetapi Naib Presiden Inter Milan Javier Zanetti pula sebagai menolak segala spekulasi yang menyelubungi pemain itu menyatakan keyakinan Martinez akan kekal di kelab itu walaupun menerima lamaran dari Barcelona dan kelab-kelab elit di Eropah.

Inter Milan sebagai menolak spekulasi Martinez dengan Man City menyatakan masa depan pemain itu cerah bersama Inter Milan.

Martinez menyerlah dalam Serie A musim ini dan berjaya menjaringkan 16 gol dalam semua perlawanan bersama Inter Milan.

Zanetti berpendapat terlalu awal untuk Martinez membuat keputusan dan meninggalkan Serie A.

“Kita membicarakan mengenai pasar penghijrahan pemain..bagaimanapun perkara paling penting di dunia ketika ini adalah kesihatan. Saya melihat dia (Martinez) begitu gembira bersama Inter dan dia sedang mencari identitinya bersama kelab.

“Kami percaya dengan kebolehan dia dan masa depan dia cerah bersama Inter,” tegasnya kepada ESPN Sports.

Barcelona yang kini begitu terdesak untuk menguatkan jentera serangannya percaya Martinez berusia 22 tahun calon terbaik digandingkan dengan Lionel Messi untuk jangka masa panjang di Camp Nou.

Martinez pernah beraksi bersama Messi untuk pasukan kebangsaan Argentina dan Barcelona yakin boleh memujuk pemain menggunakan Messi yang merupakan superstar kelab itu.

Memulakan karier bolanya bersama Racing Club, Martinez berhijrah ke Inter pada 2018.-MalaysiaGazette