LONDON – Manchester United dilaporkan berdepan kesukaran untuk menjual pemain sayap, Alexis Sanchez kepada pasukan lain pada musim depan.

Ini kerana bekas pemain Arsenal itu dibayar gajinya terlalu tinggi dan mahu jumlah yang sama bersama kelab lain.

Untuk maklumat,United telah membayar Alexis Sanchez 450 ribu pound seminggu.

Selain menjual Sanchez, United juga boleh mempertimbangkan meminjamkannya kembali musim depan dengan skema perkongsian beban iaitu bayar separuh gaji.

Pada masa ini, Sanchez boleh dipanggil sebagai pemain ‘tambahan’ di United kerana pemain antarabangsa juga tidak mempunyai tempat di barisan serangan kelab itu.

Ketajaman Marcus Rashford, Anthony Martial, dan juga kehadiran Daniel James dibarisan serangan telah membuatkan tempat pemain itu di Old Trafford semakin samar dan dengan kehadiran kehadiran Bruno Fernandes. – MalaysiaGazette