Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ia merupakan pertemuan pertama mereka selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah.

Menurut Anwar, pertemuan yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri petang tadi berlangsung kira-kira 45 minit.

“Beliau (Muhyiddin) jelaskan berkenaan langkah menangani Covid-19 dan saya menyatakan penghargaan atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

“Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan. Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi,” katanya dalam hantarannya di Facebook malam ini.

Anwar menegaskan, beliau juga menyinggung cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah terkait Covid-19.

“Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta pembangkang dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau,” ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kata PM kianat amanah rakyat.. Kerajaan pintu belakang.. Akhirnya ANUar ikut pintu depan jumpa PM.. Memang jenis lidah bercabang.. Belakang kutuk PM akhirnya terpaksa sujud jumpa PM.. Kalau tak setuju pelantikan PM kenapa jumpa..kenapa tak boikot je PM tu.. Akhirnya kamu kena terima kamu kema game dengan Atok.. Pandan muka kamu..

Comments are closed.