Nik Mohd Hasyudeen Yusoff

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memberi pengecualian bayaran sewa selama dua bulan kepada peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
berlangsung.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, pengecualian bayaran sewa ini diberikan kepada kira-kira 170 PKS yang menyewa di 60 premis bangunan milik TH di seluruh negara.

Menurut, perniagaan dan penyewa yang diberikan pengecualian bayaran sewa adalah seperti kedai menjual pakaian, elektrik dan elektronik, syarikat konsultasi, telekomunikasi, ejen pelancongan, perniagaan runcit, percetakan dan syarikat penyelenggaraan dan pembaikan.

Inisiatif ini secara tidak langsung akan dapat meringankan beban yang ditanggung pengendali premis, yang terkesan akibat ketidakmampuan untuk meneruskan perniagaan berikutan PKP bagi mengekang penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette