Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Eksport getah asli Malaysia pada Februari 2020 telah meningkat sebanyak 13.1 peratus iaitu 51,852 tan metrik berbanding Januari 2020 berjumlah, 45,827 tan metrik.

Walau bagaimanapun, pengeluaran getah asli Malaysia pada Februari 2020 menurun 29.2 peratus kepada 46,881 tan metrik berbanding 66,232 tan metrik pada Januari 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, perbandingan antara tahun ke tahun pada Februari 2020 menunjukkan pengeluaran getah asli turut menurun sebanyak 20.6 peratus.

Sementara itu, China terus mengekalkan kedudukan sebagai destinasi utama eksport getah asli iaitu 47.1 peratus daripada
keseluruhan eksport getah asli negara.

Menurutnya, harga purata bagi lateks pekat pada Februari 2020 ialah 456.73 sen sekilogram berbanding 459.60 sen sekilogram pada bulan sebelumnya.

Harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) menurun kepada 549.68 sen sekilogram berbanding 590.38 sen sekilogram pada Januari 2020”, katanya lagi.

Pembuatan sarung tangan getah kekal mendominasi industri pembuatan getah asli dengan penggunaan sebanyak 31,684 tan metrik atau 76.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik (41,512 tan metrik) pada Februari 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast